https://app.pandai.org/note/read/kssm-pi-08-04-01/kssm-f2-pi-04/solat-berjemaah-pengikat-hati
Solat Berjemaah Pengikat Hati
|
4.1
|
Solat Berjemaah Pengikat Hati
|
|
|
Maksud Solat Berjemaah |
Bahasa: Berkumpul.
Istilah: Solat
makmum bersama-sama dengan solat imam dengan sekurang-kurangnya seorang
iamam dan seorang makmum mengikut syarat-syarat tertentu. |
|
|
Hukum Solat Berjemaah |
Bagi individu |
Sunat muakkad |
Bagi komuniti masyarakat |
Fardhu kifayah |
|
|
Dalil Solat Berjemaah |
(٤٣) وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرْكَعُوا۟ مَعَ ٱلرَّٰكِعِينَ
Maksud: Dan
dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah
kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. (Surah
Al-Baqarah, 2: ayat 43) |
|
|
Syarat menjadi Imam |
- Imam boleh membaca Al-Fatihah dengan bacaan yang betul.
- Imam lelaki bagi semua makmum. Imam perempuan pula hanya boleh jika semua makmum adalah perempuan.
- Makmum meyakini sahnya solat imam.
|
|
|
Ciri-ciri Keutamaan Orang yang Dipilih sebagai Imam |
- Pemimpin.
- Imam yang dilantik oleh pemerintah.
- Tuan rumah.
- Lebih alim dan berpengetahuan.
- Lebih fasih bacaan Al-Quran.
- Lebih warak dan soleh.
- Lebih baik akhlaknya.
- Lebih bersih badannya dan kemas pakaiannya.
- Lebih merdu suaranya.
- Telah berkahwin.
- Lebih tua.
|
|
|
 |
|
Perbezaan Makmum Muafik dan Makmum Masbuk |
Makmum Muafik |
Makmum Masbuk |
- Makmum yang sempat membaca Al-Fatihah dengan sempurna bersama-sama dengan imam sebelum imam rukuk pada rakaat pertama.
- Makmum muafik hendaklah menyempurnakan rakaat bersama-sama dengan imam.
|
- Makmum yang tidak sempat membaca Al-Fatihah dengan sempurna bersama-sama dengan imam sebelum imam rukuk pada rakaat pertama.
- Jika sempat rukuk dan tamakninah bersama-sama dengan imam, makmum mendapat rukuk pertama.
- Makmum masbuk hendaklah sempurnakan rakaat yang tertinggal selepas imam memberi salam.
|
|
|
Kaifiat Solat bagi Makmum Masbuk |
- Tidak tergesa-gesa mendapatkan rakaat bersama imam.
- Berdiri tegak, berniat, takbiratulihram dan tamakninah serta terus mengikut pergerakan imam.
- Tidak
memberi salam bersama-sama dengan imam, sebaliknya berdiri selepas imam
memberi salam untuk menyempurnakan rakaat yang tertinggal.
- Menyempurnakan segala rukun solat sehinggan salam.
|
|
|
Hikmah Solat Berjemaah |
Solat secara berjemaah dapat:
- Melahirkan masyarakat yang berdisiplin dan patuh kepada araahn pemimpin kerana melazimkan diri mengikut segala pergerakan imam.
- Menyatukan hati umat Islam kerana sentiasa solat dalam saf yang teratur.
- Melatih diri menjadi pemimpin yang berkualiti kerana mengikut kaifiat solat berjemaah yang betul.
- Ganjaran pahala dengan kelebihan 27 ganda berbanding solat bersendirian.
- Menjadikan
tubuh badan lebih segar dan bertenaga kerana solat berjemaah
menyambungakn cas elektrik positif dan negatif dalam badan.
| |
No comments:
Post a Comment