| Tarikh | Tempat |
| 1950 | Belajar di Madrasah Khairiah Singapura disamping belajar dengan bapa saudara Tuan Haji Abd. Rashid. |
| 1951 | Berpindah
ke Madrasah Al-Atas Johor Bahru – belajar agama di sebelah pagi di
Madrasah Al-Atas dan di sebelah petang belajar di Sekolah Agama Air
Molek. |
| 1956 | Lulus Kelas Khas dan mendapat No. 3
daripada 1000 orang penuntut. Dan pada tahun yang sama lulus syahadah
al-Iftida‘iyah di Madrasah tersebut. |
| Awal 1957 | Berpindah
ke Madrasah Al-Manshoor, Pulau Pinang hingga 1960. Kemudian lulus ujian
dan dilantik menjadi guru sementara di Madrasah Al-Manshoor, Pulau
Pinang. |
| Ogos 1960 | Bertolak ke Al-Azhar.
Mula-mula belajar di Maahad Al-Bu‘us. Oleh kerana al-Azhar menerima
perubahan baru zaman Sheikh Mahmud Shaltud dan Dr. Mohd Bahai, Menteri
al-‘Aukuf. Semua pelajar-pelajar diarah menerima sistem baru palajaran
sains dan agama di al-Azhar dan saya diantara yang kekal sehingga
mendapat shahadah Senawi di Maahad al-Kaherah. |
| 1965 | Mendapat sijil menengah al-Azhar. |
| 1966 hingga 1973 | Mengaji di Universiti al-Azhar dalam kuliah al-Syariah al-Qanun. |
| 1973 | Lulus Sarjana al-Azhar |
| 1974 | Bertugas sebagai Guru Sementara di SMKA Sheikh Hj. Mohd Said, Seremban |
| 1976 | Menjadi Qadhi Daerah Kuala Pilah / Jempol dan Hakim Mahkamah Syariah Daerah Kuala Pilah dan Jempol |
| 10.9.81 | Dilantik menjadi Ketua Pegawai Penerangan merangkap Imam Besar Masjid Negeri. |
| 10.7.84 | Ketua
Pegawai Penerangan memangku Qadhi Besar Negeri Sembilan dan Hakim
Mahkamah Qadhi Besar seluruh Negeri Sembilan. Dalam tempoh ini beliau
telah dihantar menghadiri beberapa kursus yang diadakan samada di Kuala
Kubu, JAKIM, 2 minggu menghadiri kursus Imam-Imam di Sabah atas
kerjasama Kerajaan Malaysia dan Libya . Kemudian kursus Imam-Imam
seluruh dunia di Mesir selama 3 bulan (Mac – Jun 1986) bersama-sama 11
orang Pegawai Agama seluruh Malaysia atas pilihan JAKIM. |
| 1987 – 2008 | Dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. |
No comments:
Post a Comment