Home

 DARI PENYEDIA WEB


Assalamualaikum warahmatullah hirwabarakatu.

Seluruh Masjid Jamik Port Dickson melangkah ke hadapan di mana mulai awal tahun 2025 telah mengadakan laman web bagi melaporkan segala bentuk organisasi dan peranannya sendiri bagi membolehkan segala maklumat dan berita terkini masjid dapat dipaparkan untuk tatapan bukan sahaja jawatankuasa masjid, bahkan dapat dikongsikan bersama dengan rakan-rakan di luar . Untuk makluman tuan/puan web ini direka oleh seorang yang berminat dengan web dan tiada kaitan dengan Pejabat Agama Islam Daerah Port Dickson

Di samping itu, laman blog ini akan menjadi pemangkin menyumbangkan pendapat , agar dapat  memberi pandangan dan kritikan membina serta mendekatkan diri dengan teknologi maklumat, sesuai dengan ledakan ilmu dan perkembangan pesat era teknologi masa kini. Dengan ini, pihak web Seluruh Masjid Pord Dicksoan amat mengalu-alukan pandangan dan pendapat yang membina bagi menambahbaik laman blog masjid kami khasnya dan keseluruhan masjid  ini amnya.

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa web ini  yang sentiasa bekerjasama, dan berusaha menambahbaik web ini, baik darisegi fizikal, aktiviti dan sebagainya. Terima kasih juga kepada Pejabat Agama Islam Daerah Port Dickson yang secara tidak langsung sentiasa memberi sokongan, khidmat nasihat bagi memperbaiki web ini.

Sekian.

Pengerusi Web Masjid Seluruh Port Dickson


No comments:

Post a Comment

PROGRAM IBADAH KORBAN KAMPUNG TELOK KEMANG 2025

  PROGRAM IBADAH KORBAN KAMPUNG TELOK KEMANG  2025 Penyertaan Ibadah korban tahun 2025. bayaran ansuran atau tunai secara mudah di buka untu...