MASJID / SURAU / MUSALA / MADRASAH

 

MASJID / SURAU / MUSALA / MADRASAH

13 July 2023

 

   (Gambar Hiasan Oleh Penyedia Web)

Boleh dikatakan bahawa masjid dan surau membawa maksud yang sama dari sudut syariat iaitu tempat yang diwakafkan untuk mendirikan solat fardu lima waktu secara berjemaah dengan hukum hakam serta adab-adab yang tertentu seperti tuntutan mengerjakan solat Tahiyat Masjid, beriktikaf di samping larangan berjual beli, mengumumkan barang hilang dan sebagainya.

Adapun musala ialah tempat yang dikhaskan untuk solat sama ada di rumah, pasar raya, R&R atau lapangan terbuka bagi solat hari raya dan solat jenazah.

Madrasah pula bermaksud sekolah, atau sekolah agama secara khusus.

Sekalipun demikian, istilah-istilah ini ada kalanya ditukar ganti antara satu maksud dengan maksud yang lain.

Contohnya surau yang turut digunakan bagi merujuk kepada musala dan madrasah.

Keadaan ini tentunya boleh menimbulkan kekeliruan terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan hukum-hakam sama ada perlu dikerjakan solat Tahiyat Masjid dan sebagainya.

Justeru keadaan ini memerlukan supaya Muslim memahami asal maksud istilah-istilah ini dan tidak keliru sekiranya ia digunakan untuk maksud-maksud lain yang berbeza.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
24 Zulhijah 1444H
13 Julai 2023

No comments:

Post a Comment

PROGRAM IBADAH KORBAN KAMPUNG TELOK KEMANG 2025

  PROGRAM IBADAH KORBAN KAMPUNG TELOK KEMANG  2025 Penyertaan Ibadah korban tahun 2025. bayaran ansuran atau tunai secara mudah di buka untu...