https://mais.gov.my/e-edisi/muafakat-di-masjid-apa-kata-mereka/
Zon Aman dan Bebas
“Masjid adalah zon aman dan bebas dari sebarang politik kepartian dan menjadi pusat ilmu, ibadah dan penyatuan. Patuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh pihak JAIS. AJK kena adakan program-program untuk menarik masyarakat dan amalkan sikap saling menghormati dan bertolak ansur. Penceramah jemputan dipastikan bebas elemen perpecahan. AJK juga tidak boleh terlibat memviralkan apa yang salah, sentiasa memberi nasihat kebaikan dan menyeru kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran.”
USTAZ MUHAMMAD HALIM BIN ZAMRI
Pengurus dan Imam 1, Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan,
Petaling Jaya, Selangor
Masjid Tempat Mendidik dan Musyawarah
“Masjid harus menjadi pusat mendidik
masyarakat dan medan bermesyuarat bagi membincangkan isu-isu dan
merangka aktiviti buat masyarakat. AJK masjid juga kena selalu
berbincang agar keputusan yang diambil bersifat kata sepakat. Selain
itu, AJK juga mesti professional bila
berdepan dengan individu yang cuba mengeruhkan keadaan dan menanganinya
dengan berhikmah. Dengan mengamalkan adab dan akhlak Islam, maka masjid
mampu menyatukan masyarakat Islam.”
PUAN ROSNAH BINTI ABDUL HALIM
Penolong Amil Masjid Muttaqin, Sg. Udang, Kelang, Selangor.
Menjadi Pusat Pembangunan Insan
“Masjid perlu menjadi pusat pembangunan
insan dan sumber maklumat kepada masyarakat Islam setempat. AJK kena
mewujudkan persefahaman dan muafakat, saling membantu dalam urusan
kebajikan.
Jika ada perpecahan, AJK kena mencari solusi dan mendamaikan sebelum
menjadi lebih parah. Kita juga kena kembali kepada ajaran Islam yang
sebenar, misalnya menguasai adab pergaulan dan bekerjasama, berlapang
dada dan bermaafan bila berselisih pendapat.
HAJI MUZAMMIR BIN BAKRI
Timbalan Nazir, Masjid ar-Rahimah, Greenwood, Gombak
Pusat Kaunseling, Kewangan dan ‘Food Bank’
“Masjid bukan sekadar tempat solat, tetapi medan menyatukan umat, menyebarkan ilmu, memberikan nasihat, khidmat kaunseling, mendamaikan orang yang berkonflik dan memberikan bantuan kewangan dan ‘food bank’. Masjid harus memupuk budaya muafakat dengan anak-anak kariah dan membuka seluas-luasnya peluang mereka menyalurkan idea dan tenaga. AJK juga perlu sering mendampingi masyarakat, dan melestarikan amalan salam dan bertegur sapa yang baik.”
HAJI WAN JABARUDIN BIN WAN HASSAN
Nazir Masjid al-Khairiyah, Bandar Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.
Masjid Sebagai ‘One Stop Centre’
“Masjid perlu menjadi ‘one stop centre’
bagi masyarakat mendapatkan ilmu, kewangan kecemasan, kaunseling dan
lainlain. AJK masjid juga kena mengajak masyarakat untuk samasama
mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan dan saling memupuk
silaturahim yang baik sesama masyarakat.
AJK perlu mengajak masyarakat ke masjid agar mereka dapat menekuni
majlis-majlis ilmu dan sekali gus meningkatkan kefahaman dalam agama
Islam.”
HAJI AEZMAN BIN SHARUDIN
Pengerusi Surau Jumaat, Antara Gapi, Hulu Selangor, Selangor.
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Barangsiapa datang ke masjidku ini,
tidak lain kecuali untuk mempelajari kebaikan atau mengajarkannya, maka
dia bagaikan mujahid di jalan Allah, sedangkan yang datang untuk selain
itu maka bagaikan orang yang cuma melihat-lihat harta orang lain.”
(HR. Ibnu Majah dan al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman, dan dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam al-Misykat). Edisi
No comments:
Post a Comment